Orang ramai menitipkan pesanan serta peringatan antara satu sama lain agar berhati-hati dalam memilih calon kekasih kerana takut boleh membahayakan keselamatan diri.
Perkara ini disuarakan selepas beberapa kejadian menyayat hati dilaporkan pihak polis melibatkan kes pembunuhan dalam kalangan kekasih.
Tinjauan Kosmo! di Facebook mendapati, rata-rata orang ramai berpandangan sekurang-kurangnya mengenali seseorang itu perlulah dalam tempoh satu hingga dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk bercinta.
Menurut pengguna Facebook, Ayu Dinn, ramai yang masih lemah dalam bercinta dan akan bertindak di luar kawalan termasuklah membunuh sekiranya mereka gagal dalam hubungan tersebut.
“Kenal lama-lama dahulu. Siasat latar belakang calon kekasih, kenal keluarga dia, barulah ambil keputusan bercinta. Ramai yang lemah bercinta, langsung tak mampu berfikir secara rasional.
“Sebab zaman sekarang ramai orang gila, dah putus bunuh pula kekasih. Kena tahan dikatakan pula mental, masa bunuh anak orang pandai pula sembunyikan,” katanya.
Sementara itu, pengguna Facebook yang lain. Izianty meminta ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak kerana takut mereka menjadi mangsa terhadap kekejaman si kekasih.
“Ibu bapa tolong lah tanya anak-anak dengan siapa mereka keluar, siapa mereka bercinta, siapa mereka kenal. Jangan sampai jadi mayat, baru menyesal,” pesannya.
Turut baca :
Leave a Reply