Sekarang dah ada matahari tiruan. Tak percaya? Baca ini…

Sekumpulan saintis dari Jerman telah menguji Synlight yang merupakan matahari buatan manusia terbesar di dunia.

Rekaan setinggi 50 kaki yang dibina di Pusat Aeroangkasa Jerman di bandar Cologne itu melibatkan 149 buah lampu sorot (spotlight) dengan projektor filem terang. Susunan lampu ini akan menghasilkan cahaya 10,000 kali lebih kuat daripada cahaya matahari biasa. Suhu pada setiap mentol pula boleh mencecah sehingga 3,000°C.

Sekarang dah ada matahari tiruan. Tak percaya? Baca ini...

Kuasa solar dari “matahari” ini dijangka dapat membantu penyelidik yang diketuai oleh Bernhard Hoffschmidt untuk menjana hidrogen sebagai bahan api yang mesra alam sekitar. Bahan api yang bebas karbon dioksida ini boleh digunakan untuk menghidupkan kereta dan kapal terbang.

Kumpulan saintis ini membawa kuasa matahari turun ke bumi dengan menghasilkan semula radiasinya dalam makmal. Proses pemanasan lampu Synlight ini akan menghasilkan wap air yang boleh dibahagikan kepada oksigen dan hidrogen.

Sekarang dah ada matahari tiruan. Tak percaya? Baca ini...

Kajian ini dimulakan akibat tekanan banyak negara yang ingin mengurangkan emisi dan pengeluaran karbon dioksida dalam udara. Walau bagaimanapun, matahari buatan ini juga masih belum cukup mesra alam sekitar. Ini disebabkan ia menggunakan tenaga elektrik yang terlampau besar. Dalam masa empat jam sahaja, Synlight menggunakan elektrik sama banyak seperti sebuah rumah yang diduduki oleh empat orang selama setahun!

Sasaran kajian ini adalah untuk menggunakan tenaga matahari yang sebenar untuk menghasilkan hidrogen. Perubahan iklim yang ketara telah menjadikan bumi semakin tenat. Disebabkan itu mereka ingin membantu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*