Pelakon Salina Saibi, 40, yang sinonim dengan drama bersiri kepolisan Gerak Khas kerap ditawarkan watak sebagai pengacau rumah tangga orang atau ‘penyondol’ selepas siri popular itu dihentikan penerbitannya oleh Skop Productions.
“Sejak ‘pencen’, ASP Salina (watak dalam Gerak Khas) ini banyak dapat tawaran penyondol, bini nombor dua atau janda. Saya suka jadi ASP Salina kerana ia menggambarkan wanita berintegriti.
“Apapun saya lega kerana ini watak dalam drama saja. Namun, tak dinafikan memang tawaran begini banyak diberikan kepada saya. Balik-balik isteri kedua yang jahat dan mak tiri yang jahat.
“Tiada masalah sebenarnya, tapi kalau boleh saya nak pelbagaikan watak. Saya boleh bawa watak wanita ditindas. Memang mencabar watak macam ini,” katanya.
Salina berkata, ada juga watak memerlukan dia bersentuhan dengan pelakon lelaki dan seboleh mungkin dia mengelakkannya.
“Memang kalau boleh elak saya elak. Ada yang berkali-kali tawarkan, ada yang ‘outstation’ sampai berbulan-bulan. Watak sama memang kena tolak sebab banyak benda saya fokus iaitu keluarga serta perniagaan dan tak nak orang ingat kita asyik watak itu saja.
“Takut juga nanti orang ingat perangai sebenar saya pun macam itu juga. Syukur tak berlaku sebab selama dalam industri seni tak pernah lagi saya ada ‘hubungan sulit’ atau skandal dengan sesiapa,” katanya.
Menurutnya, ketika zaman mudanya juga, dia memang mengelak perkara negatif ini dan mempunyai prinsip kerja adalah kerja.
“Saya dah ada suami jadi kena hormat itu. Ada darjat seorang isteri kenalah jaga dan setia. Cuma harapnya orang tak pandang negatif bila saya bawa watak jahat macam itu.
“Masyarakat pun tahu itu cuma lakonan. Bagaimanapun ada juga kes ada lelaki yang cuba pikat saya kerana ingatkan saya ini betul-betul dah solo (janda),” katanya yang baru selesai penggambaran drama Nona Maria Janda Hot.
Turut baca :
Leave a Reply