Sejak akhir-akhir ini, kecoh dakwaan segelintir masyarakat yang menjadikan arah piring Astro sebagai arah kiblat untuk menunaikan solat.
Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkata, penggunaan piring Astro dalam menetapkan arah kibat didapati kurang tepat.
Malah, kaedah penentuan itu juga tidak mempunyai sandaran yang kukuh.
“Kebanyakannya arah piring Astro bukan sahaja menghala ke arah barat 270° bahkan sedikit ke kiri (ke selatan),”
Oleh yang demikian, penentuan dan semakan dan pengesahan arah kiblat bagi setiap masjid, surau dan premis awam di negara Malaysia dijalankan oleh Jabatan Mufti Negeri.
Jelas PMWP, di Malaysia, arah kiblat adalah pada sekitar bearing N 67 W hingga N 70 W atau azimut 290° hingga 293°.
“Jika menggunakan kompas dengan penunjuk yang ringkas, ke kanan (ke Utara) sedikit dari arah Barat sekitar 20°,”
Jelasnya, cara paling tepat untuk membuaat semakan kiblat kediaman pada 28 Mei jam 5.16 petang atau 16 Julai jam 5.28 petang.
Turut baca
Leave a Reply