“Saya malu gambar tular…” Kesal dituduh curi kain lap dobi, wanita buat laporan polis

“Saya malu gambar tular…” Kesal dituduh curi kain lap dobi, wanita buat laporan polis. Sikap pemilik dobi layan diri menuding jari tanpa bukti akhirnya memakan diri apabila salah seorang pelanggannya membuat laporan polis.

Menerusi perkongsian Harifah Atikah di Facebook, memaparkan surat laporan yang dibuat oleh ibunya dan telah dimuat naik dalam kumpulan Penduduk Taman Pulai Indah bagi menafikan dakwaan pemilik premis tersebut yang menuduh ibunya mencuri kain lap.

Dalam kapsyennya, Harifah menjelaskan bahawa ibunya memang ada mengambil kain lap tersebut tetapi untuk mengelap air yang ditumpahkan oleh cucunya sahaja, tidak dibawa pulang.

Selain itu, Harifah juga memberitahu bahawa ibunya juga dituduh kerap melihat kamera litar tertutup (CCTV) di kedai cucian itu sehingga membuatkan pemilik premis curiga.

“Berkenaan perkara yang dituduh ibu saya tentang kekerapan melihat CCTV, membelek pintu keselamatan dobi itu hanyalah untuk melihat tahap keselamatan yang dibuat.”

“Tiada niat sesekali untuk mencuri barangan milik dobi, pemilik dengan mudahn mengaibkan ibu saya tanpa usul periksa.”

Tambanya, sebelum buat laporan polis, mereka telah menghubungi pemilik dobi layan diri itu untuk berjumpa bagi membincangkan hal tersebut, namun pihak dobi enggan berbuat demikian.

Dalam ramai yang mengecam pemilik dobi, ada segelintir netizen menegur wanita terbabit tentang sikap si ibu yang dilihat gemar membelek pintu dan kerap melihat CCTV sebenarnya mampu membuatkan sesiapa sahaja akan curiga dengannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*