Seorang anggota polis lelaki berusia 46 tahun ditemui meninggal dunia dalam kuarters Pondok Polis Sungai Lalang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian disedari selepas anggota berpangkat sarjan sokongan itu tidak muncul ketika pemeriksaan panggil nama (roll call) dilakukan ketua polis balai (KPB) pada pukul 3 petang.
Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, anggota polis terbabit dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui.
“Anggota terbabit telah berkhidmat selama 23 tahun dan tinggal seorang diri di kuarters tersebut.
“Mangsa yang berstatus duda menghidap penyakit kencing manis dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, katanya, punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Turut baca :
Leave a Reply