Sany bidas kenyataan Shahidan sebagai melulu, berniat jahat

Anggota Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan membidas kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim sebagai melulu dan berniat jahat berhubung isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Shahidan menuduh kerajaan tidak adil apabila tidak memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang dan memberikannya hanya kepada ahli parlimen kerajaan sahaja.

Sany bidas kenyataan Shahidan sebagai melulu, berniat jahat
Shahidan Kassim

“Saya ingin tanya Shahidan, bila pula kerajaan membuat keputusan mengenai perkara ini? Belanjawan pun hanya sebahagian dari peruntukan sahaja dibentangkan untuk membolehkan gaji kakitangan kerajaan dibayar.

“Kerajaan Perpaduan yang ada ini hanya baru sebulan lebih dibentuk dan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya,” kata Mohd Sany dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Shahidan yang juga bekas pemimpin Umno mendakwa kerajaan persekutuan tidak adil kerana tidak memberi peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Mengulas lanjut Mohd Sani berkata dia beranggapan kenyataan Shahidan hanya bertujuan ingin ‘memancing’ maklum balas bagi menekan kerajaan agar pembangkang diberikan peruntukan sama rata dengan wakil rakyat kerajaan melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

“Bagi saya juga, tuduhan Shahidan ini bersifat melulu dan berniat jahat.

“Oleh itu, saya ucapkan ‘selamat memancing’ dan selamat mencuba kepada YB Arau,” ujarnya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*