Sangka bergurau, rupanya betul-betul lemas di Sungai Kelantan

Seorang budak lelaki ditemukan lemas pagi tadi semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Pekan Hilir, di sini semalam.

Mangsa, Aqil Rifqi Mohd. Mazri, 11, ditemui kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas 23 jam dipercayai hilang di sungai tersebut.

Rakan mangsa, Muhammad Sazali Johari, 10, berkata, mangsa disedari lemas kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mendapati Aqil Rifqi terkapai-kapai ketika sedang mandi.

“Saya dan seorang lagi rakan cuba mencari kayu untuk menghulurkan kepada Aqil Rifqi, namun gagal apabila dia terus tenggelam.

“Pada awalnya, saya ingatkan Aqil Rifqi bergurau sebelum cuba mencarinya di sekitar kawasan berkenaan, tetapi usaha kami gagal,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Ibu mangsa, Siti Nor Mohamad, 40, berkata, dia tidak tahu mengenai pergerakan anaknya itu semalam kerana berada di hospital ekoran menjaga suami yang koma akibat pendarahan dalam kepala.

Menurutnya, dia mengetahui berita kehilangan Aqil Rifqi pada malam tadi apabila menerima panggilan telefon daripada ibunya yang menyuruh supaya pulang segera.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Nazdy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.53 pagi tadi.

Katanya, mangsa sudah dijumpai oleh penduduk kampung sebelum dibawa di Jeti Pok Din di sini semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*