Sampainya hati! Pengasuh tergamak dera bayi 2 bulan hingga patah kaki

Menyedihkan dan mengejutkan, kes dera bayi semakin meningkat bukan sahaja di luar negara malah di dalam Malaysia. Ramai masih tertanya-tanya bagaimana seseorang individu tersebut sanggup melakukan perbuatan kasar terhadap bayi yang masih lembut, suci dan tidak tahu apa-apa ini.

Terbaharu, seorang pengasuh ditahan reman atas dakwaan kes dan disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia dua bulan sehingga patah kaki kiri di Bandar Dato Onn, Johor Bharu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh wanita berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Selasa sehingga Ahad. Pihak polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu.

Sampainya hati! Pengasuh tergamak dera bayi 2 bulan hingga patah kaki

 

Menurut laporan Sinar Harian, kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sebelum itu, tular di media sosial perkongsian ibu bayi berkenaan yang menyedari ada yang tidak kena dengan anaknya selepas mengambilnya pada Sabtu lalu.

Apa yang didakwanya adalah ketika menukar lampin, bapa mangsa ternampak kesan bengkak pada paha kiri selain tingkah laku anaknya tidak aktif seperti biasa dan kurang minum susu. Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Bagaimanapun ketika ibu bapa bayi itu menghubungi pengasuh untuk bertanyakan mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, dia memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap bayi berkenaan.

Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 4.38 petang, Ahad lalu di Balai Polis Dato Onn.

Diharapakan keputusan kes dapat diselesaikan dengan cepat dan pelaku mendapat balasan setimpal. Bayi usia 2 bulan, masih lembut tulangnya…

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*