Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini telah mengundang amarah netizen gara-gara tindakan seorang siak di sebuah masjid ini.
Difahamkan, seorang individu telah memuat naik satu hantaran memaklumkan anaknya telah mengalami luka birat di badan kerana dirotan oleh siak tersebut ketika solat jumaat.
Nak solat pun kena libas ke? Tak payah jadi siak la. pic.twitter.com/mCWlmps21C
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) September 5, 2024
Tak pasal-pasal kena libas dengan siak waktu rakaat pertama. Rupanya sebelum siak tu masuk saf, dia memang akan rotan je randomly mana-mana budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising.
Tak sangka pulak mangsa yang libas hari tu terkenan anak saya.
Siak itu juga dikatakan sudah memohon maaf ketika diminta ke balai polis berkenaan hal itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan siak itu merotan sesuka hati kanak-kanak yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar netizen, kekerasan bukanlah cara yang sesuai untuk mengawal keadaan dan perlulah menggunakan kaedah lain yang tidak mendatangkan kecederaan dan boleh menjurus kepada kes jenayah.
Turut baca :
Leave a Reply