Salah faham pasal anak punca pasangan kekasih gaduh besar depan rumah

Perselisihan faham di antara pasangan kekasih yang mahu berjumpa anak mereka menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah rumah di Jalan Bayu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pasangan berkenaan mahu berjumpa anak perempuan mereka berusia dua tahun yang dijaga oleh ibu lelaki tersebut.

“Lelaki itu berusia 32 tahun, manakala pasangannya berusia 30 tahun. Apabila timbul perselisihan faham, suspek lelaki kemudian membuat provokasi sebelum berlakunya bergaduh di luar rumah.

“Insiden itu berlaku pada pukul 1.15 petang selepas seorang wanita berusia 28 tahun melaporkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan sekumpulan individu bergaduh dengan memukul menggunakan batang dipercayai kayu atau besi.

Menurut Raub, polis turut mengesan video kes merusuh di tempat awam itu yang tular di media sosial pada pukul 9.30 pagi tadi semalam.

Katanya, susulan itu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan membuat tangkapan terhadap tiga suspek lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 32 tahun.

“Polis giat menjalankan usaha mengesan beberapa suspek lagi dipercayai terlibat dalam kes itu termasuk suspek yang melakukan provokasi sehingga rusuhan terjadi,” katanya.

Tambahnya, hasil semakan rekod lampau seorang suspek yang juga pasangan lelaki tersebut mempunyai lima rekod jenayah lampau kes penyalahgunaan dadah, sementara kes disiasat di bawah seksyen 148 kanun keseksaan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*