‘Sakau’ barang mangsa tanah runtuh di Batang Kali, penjawat awam ditahan

‘Sakau’ barang mangsa tanah runtuh di Batang Kali, penjawat awam ditahan. Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian membabitkan barang milik mangsa kes tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting, di sini, pada 16 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam.

“Dalam tangkapan itu, kami juga merampas barang dipercayai milik mangsa (kes tanah runtuh).

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menerima dua laporan mengenai kehilangan barang milik mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya terkesan dengan satu hantaran berhubung isu tular di Facebook yang dipercayai dikeluarkan oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.

Katanya, hantaran ahli keluarga mangsa itu turut menyatakan terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch N Go milik mangsa tragedi berkenaan.

Menurutnya, dua laporan polis berhubung isu tular berkenaan diterima pihaknya jam 2.47 petang pada 1 Januari lalu.

'Sakau' barang mangsa tanah runtuh di Batang Kali, penjawat awam ditahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*