Saifuddin ‘dedah’ punca sebenar PH tumbang setelah 22 bulan jadi kerajaan

Pakatan Harapan (PH) tumbang setelah 22 bulan menjadi kerajaan bukan kerana perebutan jawatan perdana menteri, sebaliknya pengkhianatan, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. { Video dibawah }

“Ini bukan pertarungan merebut PM. Ini adalah cerita khianat dan mungkir janji.

“Menyerang Anwar atas isu itu sekadar mendedah wajah Shafie (Apdal) yang bercita-cita besar ketika kekuatan tak seberapa,” katanya kepada Malaysiakini.

Shafie, pemimpin Warisan, mendakwa perebutan jawatan perdana menteri antara pengerusi PH dan Dr Mahathir Mohamad antara punca PH tumbang dalam masa 22 bulan.

Saifuddin mengingatkan, sejak pemimpin PKR, DAP dan Amanah menjadi pembangkang sejak 1998, Shafie masih bersama Umno yang disifatkannya sebagai “punca kerosakan”.

Saifuddin berkata, Shafie dan Mahathir hanya mahu bergabung dengan PH selepas dipecat daripada Umno dan terima walaupun “tiada legasi yang boleh dibanggakan”.

Bersatu dan sekumpulan ahli parlimen PKR bertindak berpaling tadah daripada PH untuk menubuhkan kerajaan baru bersama BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kedua-dua penyokong Anwar dan Mahathir pula saling menuding jari berkenaan punca keruntuhan kerajaan PH.

Sementara itu, Saifuddin berkata bahawa episod pengkhianatan menjadikan PH lebih matang mengharungi pilihan raya umum 19 November depan.

“Ada hikmah di sebalik episod khianat dan mungkir janji ini,” katanya.

Pada PRU kali ini PH menolak kerjasama dengan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai Mahathir, sementara Warisan memilih bertanding secara solo termasuk beberapa kerusi di semenanjung Malaysia.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*