Isu pelakon Rozita Che Wan tidak membayar kerja pemasangan rumput palsu di kediamannya berakhir apabila rakan selebriti terbabit, Mohamad Anas Zahrin melunaskan bayaran berjumlah RM7,000.
Hutang Che Ta dilunaskan rakan baiknya, Anas Zahrin yang juga merupakan usahawan terkenal.
Kontraktor dikenali sebagai BaNi Rahman yang mengemukakan dakwaan itu bertindak memadamkan hantaran dalam laman sosialnya berkaitan hutang yang tidak dijelaskan Rozita atau Che Ta sejak setahun lalu.
Syukur alhamdulillah dia (Anas) dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka.
“Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa kawan macam ini, bukan senang nak dapat sahabat baik mcm ini.
“Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan dia,” katanya.
Dalam masa sama, BaNi turut berterima kasih dengan Anas dan memaklumkan bahawa duit tersebut digunakan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci.
“Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini.
“Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga Allah SWT jemput saya ke sana,” ujarnya.
Sebelum ini, BaNi mendakwa syarikatnya diupah oleh Che Ta untuk memasang rumput tiruan di kediamannya.
BaNi berkata, bagaimanapun dia sudah melakukan kerja asas sehinggalah sampai peringkat akhir mahu memasang rumput tiruan, namun terkejut apabila Che Ta memanggil syarikat lain untuk memasang rumput itu di rumahnya.
Difahamkan Che Ta memberi alasan rumput tiruan itu ditaja oleh syarikat terbabit, sekali gus permintaan BaNi Rahman mendapatkan upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka serta kos barang sudah digunakan tidak dilayan oleh Che Ta.
Dia kemudian bertindak meluahkan perasaan sedih dan kesal terhadap selebriti sensasi itu dalam media sosial, tetapi tidak menyangka apa yang dikongsi itu menjadi perhatian ramai sehingga tular
Baca juga :
Leave a Reply