“Sabit kesalahan dipenjara sampai dua tahun…” Lelaki mengaku tak salah fitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, mufti

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, mufti Melaka dan pengerusi Melaka Sentral Sdn Bhd menerusi video TikTok, dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Razak Osman, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, menurut Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dalam kumpulan WhatsApp pada 3.30 petang, 21 November 2022, yang kemudiannya ditonton di Taman Seri Duyong 2, dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sampai dua tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dan menetapkan kes disebut semula pada 14 Februari depan untuk serahan dokumen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*