“Sabar ada hadnya…” Setelah berjaya pecah masuk, rakyat jumpa duit presiden dalam istana

Kesabaran rakyat Sri Lanka akhirnya sampai ke penghujungnya apabila mereka berjaya menceroboh masuk ke dalam Istana Presiden kerajaan itu, Gotabaya Rajapaksa di Colombo.

Video protes besar-besaran itu telahpun tular di segenap platform media sosial sekaligus menjadi perhatian dunia ketika ini.

Sepertimana yang dikongsi @Janey_J, menyaksikan penemuan sejumlah wang besar di dalam istana tersebut.

Rakyat Sri Lanka mempersoalkan asal usul duit sebanyak itu ditengah-tengah krisis ekonomi yang melarat di negara berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan wang yang ditemui penunjuk perasaan telah diserahkan kepada badan keselamatan.

Mereka memecah masuk istana, merobohkan penghadang polis, berenang di dalam kolam renang serta menggeledah segala sudut dalam istana tersebut.

Selain itu, rumah persendirian Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe juga dipecah masuk dan dibakar oleh penunjuk perasaan.

Pihak polis terpaksa menggunakan mariam air dan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan.

Untuk makluman, Wickremesinghe dilantik menjadi Perdana Menteri Sri Lanka pada Mei lepas, namun telah mengumumkan pengundurannya bagi menjamin kestabilan negara.

Manakala, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan turut ingin melepaskan jawatan Presiden miliknya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*