Rumah dipecah masuk, Khuzaimi Piee jadi mangsa terbaru

Media sosial dikejutkan dengan berita rumah bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee dipecah masuk semalam.

Perkara ini dikongsikan sendiri pemain pertahanan berusia 30 tahun itu di Instagram Story beliau.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat Khuzaimi, beliau mendapati pintu pagar rumahnya sudah terbuka selepas pulang daripada menjalani latihan bersama Selangor pada jam 9.00 malam.

Rumah dipecah masuk, Khuzaimi Piee jadi mangsa terbaru

Sebaik memeriksa keadaan dalam rumah, Khuzaimi mendapati beberapa barang miliknya telah hilang. Antara barang tersebut ialah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru, beg silang pelbagai jenama dan pasport.

Rumah dipecah masuk, Khuzaimi Piee jadi mangsa terbaru

Khuzaimi kemudiannya meminta jasa baik orang ramai agar dapat membantunya mencari motosikal yang dicuri itu. Sebarang maklumat boleh dimaklumkan kepada beliau atau balai polis berhampiran.

Kejadian jenayah ini merupakan kejadian jenayah terbaru membabitkan pemain bola sepak kebangsaan.

Sebelum ini, arena bola sepak negara dikejutkan dengan insiden samun yang menimpa Akhyar Rashid, insiden simbahan asid yang menimpa Faisal Halim dan insiden cermin kereta Safiq Rahim dipecahkan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*