Rondaan peronda MPV polis bertukar aksi kejar, lelaki pecut selepas diarah berhenti, rupanya…

DENGKIL – Rondaan rutin sebuah kereta peronda (MPV) polis di sini malam tadi bertukar aksi kejar apabila kereta dipandu seorang lelaki memecut selepas diarahkan berhenti.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam di Jalan Cyberjaya-Dengkil itu, kereta Perodua Bezza itu ditemui dalam keadaan mencurigakan oleh MPV berkenaan.

Apabila dihampiri dan diarahkan berhenti bagi pemeriksaan, pemandu kereta tersebut memecut kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggotanya terus mengejar suspek sebelum berjaya ditahan di Jalan Kita Impian, Cybersouth.

MPV yang dinaiki anggotanya turut rosak apabila berlanggar dengan kereta suspek.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah, malah ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine, amphetamine, tetra hydrocannibol (THC) dan benzo,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*