Ronaldo jadi manusia pertama di bumi capai 450 Juta ‘follower’ di Instagram

Ronaldo jadi manusia pertama di bumi capai 450 Juta ‘follower’ di Instagram.

Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama di planet bumi yang capai 450 juta followers di Instagramnya.

Siapa sahaja yang tak kenal dengan pemain bola sensasi yang pernah memenangi penghargaan bolasepak tertinggi, Ballon D’or sebanyak lima kali dan itu sudah cukup membuktikan tentang kehebatannya.

Bukan sahaja pencapaiannya pemain bintang itu di atas padang dengan melakar pelbagai kejayaan bahkan dia turut mencipta sejarah dengan memiliki pengikut terbanyak di media sosial itu.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh The Football Arena di Facebook berkata, “Cristiano Ronaldo capai 450 juta pengikut di Instagram. Dia satu-satunya orang di bumi yang mencapai 450 juta.”.

Baru-baru ini Ronaldo telah meledak 2 gol untuk membantu Portugal menang 4-0 ke atas Switzerland di UEFA Nations League.

Untuk makluman, Cristiano Ronaldo ataupun nama sebenarnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro lahir pada 5 Februari 1985 di Funchal, Madeira, Portugal.

Bintang Portugal itu sekarang yang berusia 37 tahun masih bermain dengan sebuah kelab bolasepak terkenal di Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United sebagai penyerang.

Ronaldo kembali menyarung jersi United selepas meninggalkan kelab itu pada era Sir Alex ferguson dan berhijrah ke Real Madrid dan Juventus sebelum dilamar semula ke United ketika Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus kelab berpengkalan di Manchester itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*