Rogol: Bekas pembantu ADUN Gombak Setia dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan

Bekas pembantu kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham dijatuhkan hukuman 13 tahun dan dua sebatan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Nor Hasnah Ab Razak keatas Mohd Zulfahimin Mahdzir kerana merogol seorang wanita di sebuah hotel tiga tahun lalu.

Zulfahimin didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1 pagi dan 3 pagi pada 5 Disember 2020.

Memetik laporan MalaysiaKini, dalam penghakimannya Nor Hasnah memutuskan bahawa pembelaan tertuduh tidak mempunyai merit dan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Juga ditegaskan dalam alasan penghakiman bertulis penuh yang dikeluarkan minggu lepas, dia berkata tertuduh gagal menyangkal keterangan saksi pendakwaan berhubung kejadian yang didakwa.

Hakim perbicaraan menambah bahawa hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan adalah wajar kerana ia merupakan kesalahan ‘serius dan keji’.

Nor Hasnah berkata mahkamah memandang serius bahawa tertuduh didakwa telah mengambil kesempatan terhadap mangsa ketika dia dalam keadaan mabuk.

Pada 31 Mei lalu, Zulfahimin didapati bersalah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, dia segera membuat rayuan.

Bagaimanapun, Mohd Zulfahimin Mahdzir sudah merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan ke atasnya.

Tertuduh diwakili oleh firma guaman Kit & Associates.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Zilfinaz Abbas dan Fazeedah Faik.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*