‘Rider’ pura-pura pilih kuih sebelum larikan bekas duit gerai

‘Rider’ pura-pura pilih kuih sebelum larikan bekas duit gerai. Ketiadaan pelanggan membuatkan seorang penunggang e-hailing mengambil kesempatan melarikan bekas duit sebuah gerai yang menjual kuih.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dimuat naik memaparkan kejadian itu yang berlaku sekitar pukul 3.24 petang semalam.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Berdasarkan video berdurasi 18 saat itu, penunggang lelaki berkenaan dilihat kononnya sedang memilih kuih sebelum membawa lari bekas berisi duit yang terletak di atas meja.

Ketika kejadian, tiada kelibat pelanggan lain sementara peniaga pula yang dipercayai berada di belakang gerai terus menjerit apabila menyedari perkara tersebut.

“Jangan….jangan….,” jerit salah seorang peniaga sambil cuba mengejar pelaku terbabit.

Lelaki tersebut kemudian menunggang ke arah bertentangan dan hampir dirempuh oleh sebuah kenderaan putih, namun sempat mengelak sebelum memecut laju untuk melarikan diri.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*