“Rezeki terpijak… Tukang cuci jumpa wang RM254,000 di lapangan terbang

“Rezeki terpijak… Tukang cuci jumpa wang RM254,000 di lapangan terbang.  Seorang tukang cuci di lapangan terbang Da Nang memulangkan beg berisi wang tunai berjumlah hampir AS$54,000 (RM254,538) kepada seorang pelancong Jepun yang melupakannya, lapor portal berita VnExpress.

Kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu, tukang cuci dikenali sebagai Huong, 57, itu sedang membersihkan sebuah terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang.

Dia menemui beg hitam yang ditinggalkan di atas kerusi di lobi menunggu.

Terminal itu tidak mempunyai sebarang penerbangan berlepas atau tiba pada masa kejadian.

Huong menyangka ada penumpang terlupa beg itu, menyebabkan dia memaklumkan kepada majikannya, jabatan pemeriksaan di syarikat Hoan My.

Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian memeriksa beg tersebut. Mereka menemui wang kertas dalam mata wang dolar Amerika Syarikat dan yen Jepun, kesemuannya bernilai hampir AS$54,000.

Wang itu berjaya dipulangkan kepada pelancong Jepun berkenaan.

Huong diberikan ganjaran AS$39 (RM183) oleh majikannya selain AS$195 (RM919) oleh Syarikat Pelaburan dan Operasi Terminal Antarabangsa Da Nang atas kejujurannya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*