TULAR di media sosial apabila seorang kanak-kanak memuat naik video menunjukan kasut fake pemberian ibunya di aplikasi Tiktok.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Puspa Diyana, 40, berkata dia membeli kasut berkenaan kerana permintaan anaknya dan ingin menjadikan kasut itu sebagai hadiah hari jadi.
“Dia cakap, mak! Arman minat sangat dengan design kasut Alphafly tu tapi kalau original mahal, mak carilah yang fake ke atau seakan-akan kasut tu.
“Dia buat konten dengan kasut tu lepas itu dia dikecam oleh rakan-rakan sebaya dia, orang dewasa pun ada juga yang kecam,” katanya.
Dalam pada itu, dia tidak menyangka ramai pihak yang ingin membantu anaknya sehinggakan dia terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Memang masa tu bertalu-talu mesej, saya nak cakapkan terima kasih, kalau untuk dia saja dia dah ada 10 pasang kasut dan itu pun masih ada yang ingin mengirimkan kepada kami, saya cuba juga tolak tawaran itu,” ujarnya.
Turut baca :
- {VIDEO} Tak peduli diejek pakai kasut tak ‘ori’, tetap bersyukur dengan pemberian ibu. – Yang penting NIKE
- Memang versatil! Selepas meledak watak kaki pukul, lelaki lembut, suami ‘terbuang’, ramai tidak sabar tonton kehebatan Zamarul Hisham
- Pengantin dirasuk, menari tak henti atas pelamin, lagu dimainkan jadi punca
Leave a Reply