Remaja pukul ibu guna batu hingga mati

Remaja pukul ibu guna batu hingga mati.

Pukul ibu dengan batu berkali-kali sehingga berlumuran darah, remaja lelaki berusia 18 tahun berjaya ditahan pihak polis.

Kejadian yang berlaku di Langkat, Desa Paya Bengkuang, Medan, Indonesia terbongkar selepas seorang jiran menemui mayat mangsa berusia 54 tahun itu terbaring kaku.

Jiran yang terkejut segera berlari memanggil penduduk berdekatan dan terus melaporkan kejadian tragis itu kepada pihak polis dan ketua kampung.

Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia berpunca dari objek tumpul (batu) yang dipukul berulang kali.

Malah, semasa pemeriksaan mayat, terdapat kesan lebam hampir di seluruh badannya.

Suspek akhirnya berjaya ditahan di kawasan Gebang dan hasil siasatan mendapati kemungkinan mengalami gangguan mental.

“Kami masih melakukan ujian psikologi terlebih dahulu kerana dia disyaki mengalami gangguan mental.”

Namun, sehingga kini polis masih meneliti tingkah laku suspek untuk mengesahkan perkara ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*