“Rayu bantuan…” Pasangan didakwa hina Islam perlu RM40K untuk ikat jamin

Pasangan ‘viral’ yang terkait dengan dakwaan menghina Islam minggu lalu memohon dana awam (crowdfunding) bagi membayar wang ikat jamin sebanyak RM40,000.

Menurut peguam R Sivaraj, Siti Nuramirah Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran terpaksa menggunakan kaedah itu susulan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.

Difahamkan, setakat ini mereka berjaya mengumpul RM3,000 yang dikumpul hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.

“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka dipenjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.”

“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat berbuat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakamn kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin.”

Terdahulu, pasangan terbabit telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membuat hantaran jelek di media sosial selain didakwa telah menghina Islam pada 6 Jun lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*