Rasa macam kena scam… Wanita kecewa beli kek ‘birthday’ anak, dapat dah berkulat

Seorang wanita kecewa apabila kek yang dibeli untuk ulang tahun kelahiran anaknya dan telah diberikan kepada kanak-kanak lain, rupa-rupanya sudah berkulat.

Difahamkan kek tersebut dibeli dari sebuah kedai, namun tidak dapat dipastikan lokasi berkenaan.

Wanita itu memuat naik beberapa gambar kek yang telah berkulat menerusi akaun Thread hazrina_n.i.a dan dia turut menyuarakan kebimbangan rakan-rakan anaknya sekiranya keracunan makanan setelah makan kek tersebut.

“Tak tahu nak cakap, tapi rasa macam kena scam dengan kedai kek. Niat bagi sekolah anak nak sambut hari jadi budak-budak, tapi akhirnya kena scam. Esok kalau budak-budak keracunan makanan jenuh ni.

“Dia boleh cakap silap kek, ni bukan silap ya, ni namanya sengaja. Budak-budak dah makan separuh. Kalau cikgu tak bagitahu ni maka kedai tu diam saja lah. Karang ibu bapa ingat aku nak scam budak-budak,” marah wanita tersebut.

Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu berkata, dia membeli kek tersebut sebuah premis sekitar rumahnya.

“Memang kedai tu agak lama dah di kawasan sini, tapi tak jangka macam ni punya teruk. Dia kata itu sampel, takkan lah sampel letak sekali dalam ‘chiller’,” katanya.

Katanya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) selain akan membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*