Rangka manusia tanpa identiti ditemui dalam belukar di Kuala Perlis

Satu rangka manusia tanpa identiti ditemui dalam belukar di kawasan hutan bakau Jalan Batu Buaya, Kampung Wai, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, Balai Polis Kuala Perlis menerima maklumat berhubung penemuan rangka manusia itu pada pukul 4.20 petang.

“Pemeriksaan menyeluruh di lokasi tidak menjumpai sebarang petunjuk mencurigakan. Rangka itu didapati dalam keadaan tidak cukup sifat dan ditemui di tiga tempat berasingan,” katanya.

Tambahnya, pecahan kedudukan tulang dari rangka tersebut dipercayai dihanyutkan atau dipercayai dimakan oleh haiwan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*