Rangka manusia ditemui dalam longkang

Rangka manusia ditemui dalam longkang.

Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui tersangkut pada batang paip dalam longkang di tepi Jalan Kebun di sini, kelmarin.

Penemuan rangka lelaki berusia 30an itu ditemui kira-kira pukul 8.15 malam oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sepasukan polis termasuk bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan anjing unit pengesan (K9) telah bergegas ke lokasi kejadian bagi tujuan siasatan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdapat satu masing-masing bagi tengkorak kepala dan bahagian badan dari pinggang ke bawah dalam keadaan tidak sempurna.

“Kesemua bahagian dijumpai telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam. Keputusan bedah siasat mendapati punca kejadian tidak dapat dikenalpasti susulan mayat tidak sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagaimanapun pihak forensik mengesahkan rangka tersebut adalah seorang lelaki berusia 30an.

Justeru, Hoong Fong meminta mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga agar menghubungi pihaknya di talian 03-33762222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*