Rafizi : Janji PAS Kelantan naik taraf lapangan terbang tak masuk akal, ini sebabnya

Janji PAS Kelantan naik taraf lapangan terbang tak masuk akal, ini sebabnya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan tawaran PAS Kelantan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, jika Perikatan Nasional (PN) kekal mentadbir negeri itu selepas PRN Sabtu ini, tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata, urusan menaik taraf lapangan terbang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukan sesuatu yang boleh dijanjikan begitu saja oleh parti politik atau kerajaan negeri.

“Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan,” katanya dalam ceramah Jelajah Madani DUN Sementa malam tadi.

Rafizi merujuk kenyataan seorang exco Kelantan baru-baru ini yang dilaporkan berkata, langkah menaik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa akan memudahkan rakyat negeri itu menggunakan penerbangan terus ke destinasi ingin dituju tanpa perlu ke Kuala Lumpur.

Katanya, janji itu ditabur bagi menarik sokongan sempena PRN dan akhirnya akan dijadikan alasan untuk menyalahkan Putrajaya, jika ia tidak boleh dilaksanakan PAS, sekiranya mereka terus mentadbir Kelantan kelak.

Timbalan presiden PKR itu juga berkata, angka dan dapatan terbaharu diperolehi pihaknya menunjukkan pola peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat berbanding tempoh awal berkempen PRN.

Hari pengundian bagi PRN Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak Sabtu ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*