Pura-pura tanya sebelum curi beg tangan, telefon di KLCC

Seorang pelanggan berpura-pura bertanya kepada seorang wanita sebelum rakannya bertindak mencuri beg tangan dan telefon di sebuah restoran dipercayai di pusat beli-belah KLCC.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman X, kegiatan itu dilakukan oleh tiga individu iaitu dua wanita dan seorang lelaki.

Berdasarkan video berdurasi 42 saat itu, kejadian itu berlaku ketika seorang wanita bersama seorang lelaki sedang menunggu pesanan makanan di sebuah restoran.

Selang beberapa minit kemudian, lelaki tersebut dilihat beredar buat seketika sebelum tiga individu yang kononnya pelanggan baharu duduk di meja bersebelahan wanita itu.

Tiba-tiba, salah seorang daripada mereka datang kepada wanita itu untuk bertanya sementara rakannya dengan pantas menarik beg dan telefon yang diletakkan di atas kerusi restoran berkenaan.

Kegiatan licik itu berjaya dilakukan tiga individu tanpa disedari mangsa.

Justeru, pengguna yang memuat naik video itu menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Penyamun ada dimana-mana. Jangan leka,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*