Pura-pura berbual mesra, lelaki tembak bekas kekasih lebih 27 kali

SEORANG lelaki menembak mati bekas teman wanitanya di hadapan sebuah bar di Brazil.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Aracruz, di utara Espírito Santo, Brazil pada Ahad.

Menerusi satu video yang tular di laman X, mangsa pada awalnya duduk di hadapan bar tersebut bersama beberapa orang teman lain.

Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Felipe Silva de Almeida kemudiannya tiba di lokasi dan menyapa wanita tersebut yang juga bekas kekasihnya.

Kedua-duanya turut dilihat berbual mesra selama kira-kira dua minit sebelum Felipe secara tiba-tiba mengeluarkan pistol lalu menembak wanita berkenaan.

Lebih mengejutkan, siasatan polis mendapati Felipe melepaskan tembakan sebanyak 27 kali terhadap mangsa yang dikenali sebagai Aline Ribeiro da Rosa.

Tangkap layar memaparkan detik-detik wanita berkenaan ditembak mati oleh bekas kekasihnya.

Aline dipercayai masih hidup di tempat kejadian namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Susulan kejadian itu, menurut laporan media, lelaki yang berusia 28 tahun itu sempat menelefon polis mengenai insiden tersebut dan mengaku bersalah membunuh Aline.

Menurutnya, punca utama pembunuhan tersebut adalah disebabkan ‘crime of passion’ atau jenayah berkaitan hubungan cinta.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada tangkapan yang dibuat oleh pihak polis namun dipercayai Felipe hanya mahu menyerah diri pada Khamis iaitu empat hari selepas pembunuhan kejam tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*