Punya marah dengan bini, suami bakar rumah, kenderaan sendiri.
Seorang lelaki membakar rumahnya dan memusnahkan kereta sendiri hanya disebabkan perselisihan faham dengan isteri.
Susulan tindakan itu, badan lelaki berusia 62 tahun itu melecur 40% dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Keningau, Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 10.36 malam Jumaat.
“Menurut saksi, tubuh mangsa melecur ketika menyalakan api.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berselisih faham dengan isterinya sehingga sanggup membakar rumahnya sendiri,” katanya.
Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, lapan anggota bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, rumah mangsa terbakar sepenuhnya, manakala trak pikap Isuzu D Max terbakar 30%.
Katanya, lelaki itu diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan sejam kemudian.
Turut baca
- Ibu kandung ‘tergamak’ benarkan anak perempuan dicabul paderi di Bentong
- {VIDEO} Lelaki 17 tahun nikahi dua wanita selang 2 jam
- “Disabit kesalahan dalam tempuh 4 jam…” Selepas 91 tahun mati baru dibuktikan tidak bersalah
Leave a Reply