“Puas hati aku…” Isteri cekik suami sampai mati selepas larang rakam video Instagram Reels

“Puas hati aku…” Isteri cekik suami sampai mati selepas larang rakam video Instagram Reels.

Seorang wanita di negeri Bihar, India ditahan kerana disyaki merancang pembunuhan suaminya selepas mangsa sering melarang dia merakam video untuk dimuat naik di Instagram Reels, lapor laman berita India Today kelmarin.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Rani Kumari, merancang komplot itu bersama kekasih gelap, Mohammad Sajjad serta dua saudara perempuannya, Rozi dan Sonali Kumari.

Rani dikatakan obses merakam video untuk dimuat naik di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram. Bagaimanapun, mangsa, Maheshwar Kumar Rai tidak menyukai sikapnya itu.

Pasangan yang sudah berkahwin hampir tujuh tahun itu kerap bertengkar mengenai perkara tersebut.

Dalam kejadian malam Ahad lalu, Rani dikatakan mengajak Maheshwar pergi ke rumah iparnya sebelum membunuh lelaki itu  lelaki itu dengan mencekiknya.

Insiden tersebut mula dihidu apabila saudara lelaki mangsa, Rudal, menelefonnya namun, panggilan tersebut dijawab oleh individu lain.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena ketika bercakap di telefon, Rudal meminta bapanya pergi ke rumah tersebut bagi memastikan keadaan mangsa.

Bapa mangsa yang tiba di rumah tersebut terkejut apabila menemui mayat anaknya sebelum dia membuat laporan polis.

Berdasarkan aduan, polis membuka kertas siasatan ke atas lima individu.

Rani dan dua saudara perempuannya telah ditahan untuk disoal siasat, manakala dua individu lain masih diburu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*