PRU15: Anwar calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Perdana Menteri PH sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan tersebut diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Presiden PH setelah melalui beberapa siri pertemuan serta mesyuarat.

“Memasuki PRU15, PH menawarkan kepada rakyat Malaysia satu nama jika mandat rakyat diberikan kepada kita, calon Perdana Menteri kita ialah saudara Anwar Ibrahim,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh di sini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*