Projek RM1.4 juta, SPRM tahan suami bekas pegawai kanan GLC

Pemilik syarikat yang juga suami kepada bekas pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai hampir RM1.4 juta.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

“Penahanan lelaki itu susulan tangkapan terhadap isterinya yang kini direman enam hari sejak Selasa lepas bagi membantu siasatan.

Wanita tersebut yang juga suspek utama dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2019 dengan menggunakan jawatannya bagi mencadang serta menyokong syarikat milik suaminya untuk mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai kira-kira RM1.4 juta, katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek ditahan bagi tempoh 24 jam dan akan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebaik proses merakamkan keterangan selesai dilakukan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*