Projek 1BestariNet : Muhyiddin akan dipanggil bila tiba masanya – Azam Baki

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya ke atas projek 1BestariNet selepas lebih banyak maklumat dikumpul.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata Muhyiddin yang memulakan projek itu pada 2011 semasa menjadi menteri pendidikan, akan dipanggil sama seperti orang lain terbabit dalam projek berkenaan.

“Tetapi sekarang masanya belum tiba, berdasarkan maklumat daripada penyiasat kami.

Ada banyak lagi aspek yang perlu kita terokai, katanya dalam sidang media.

Bulan lalu, SPRM menyerbu pejabat YTL Communications Kuala Lumpur dan sebuah pejabat kerajaan dalam sebahagian siasatan terhadap tuntutan pembayaran berhubung tender perkhidmatan 1BestariNet.

Difahamkan, siasatan memfokuskan dakwaan butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion serta unsur jenayah lain di bawah Akta SPRM 2009.

Syarikat induk YTL Communications, YTL Power International Bhd sejak itu bertegas projek berkenaan, yang berakhir 30 Jun 2019, diperakui Kementerian Pendidikan berjaya disiapkan pada akhir tempoh kontrak.

Projek mega untuk menyediakan ketersambungan dan platform pembelajaran buat guru, pelajar dan ibu bapa itu sering dikritik kerana perkhidmatan internet lemah.

Pada 6 Sept lalu, Muhyiddin mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion sambil menyatakan keyakinan tidak terbabit dengan dakwaan berkait dengannya.

Menurutnya, projek itu pernah disiasat suatu ketika dahulu, namun tiada perkembangan dilaporkan.

Bercakap berhubung ‘Op Tunjang’, Azam berharap penyiasat SPRM dapat melengekapkan siasatan secepat mungkin.

“Arahan saya siasatan mesti siap menjelang November.

Ada 37 individu ditahan yang enam daripada doktor dan kita membuka fail siasatan setiap seorang daripadanya…jadi ambil masa sedikit, katanya.

Siasatan itu dilancarkan susulan susulan siasatan kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*