PRN Pulau Pinang, DAP-BN jalin kerjasama

Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini bakal menyaksikan kerjasama buat pertama kalinya antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, perincian jalinan kerjasama antara DAP dan BN itu akan diperincikan selepas mesyuarat lanjut dijalankan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan (PH).

”Mesyuarat ini akan dijalankan dalam minggu ketiga sebelum Tahun Baharu Cina, kita mahu lihat bagaimana bentuk jalinan kerjasama yang akan dibentuk dengan BN.

“Segala perincian mengenai kerjasama akan dimaklumkan selepas Tahun Baharu Cina nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP Pulau Pinang, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying,

Menurut Guan Eng, jalinan kerjasama antara DAP dan BN telah dibentuk di peringkat Kerajaan Pusat menerusi pembentukan kerajaan perpaduan, malah ia juga dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri Perak dan Pahang.

PRN Pulau Pinang, DAP-BN jalin kerjasama

”Kita ada kerajaan perpaduan di peringkat Pusat, jadi ia dengan sendirinya akan menyebabkan kerjaaan-kerajaan negeri juga bekerjasama seperti yang berlaku di Perak dan Pahang.

”Yang penting secara prinsipnya kalau ada kerajaan perpaduan dengan sendirinya secara semula jadi tentu ada hubungan politik secara perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penerimaan penyokong DAP selepas parti itu menjalin hubungan politik dengan BN, Guan Eng berkata, kesemua pihak perlu saling memahami dalam keadaan politik sekarang mana-mana parti pun tidak mempunyai majoriti dari segi kerusi Parlimen.

”Jadi adalah perlu untuk sebuah kerajaan yang stabil dibentuk seperti kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

”Kerajaan Pusat menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong dan yang penting ia dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil, bersatu padu untuk kita dapat memberi tumpuan kepada masalah ekonomi, itu yang jadi keutamaan kita,” katanya.

Selain itu, katanya, soal-soal pembahagian kerusi antara DAP dan BN ketika PRN juga akan diperincikan kelak.

Sementara itu, Hui Ying berkata, DAP Pulau Pinang telah mula membuat persediaan untuk menghadapi PRN negeri itu berteraskan tiga perkara penting iaitu ekonomi negeri, kebajikan dan keharmonian rakyat.

Turut baca :

PRN Pulau Pinang, DAP-BN jalin kerjasama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*