PRK NENGGIRI | PAS seolah-olah lacurkan Rizwadi untuk puaskan hawa nafsu Bersatu

PRK NENGGIRI | PAS seolah-olah “melacurkan” bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu semata-mata untuk memenuhi nafsu politiknya di Nenggiri.

Setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakub mengingatkan pengundi dan penyokong PAS supaya tidak bersubahat dengan kepimpinan parti itu yang secara terangan menggadai maruah PAS.

“Pengundi dan penyokong PAS Nenggiri dinasihati supaya jangan bersubahat dengan kepimpinan PAS yang telah dengan terang-terang menggadai maruah parti apabila sanggup menjual timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu untuk bertanding sebagai calon PN dalam PRK tersebut.

“Perbuatan itu amat hina di sisi Islam dan adat berpolitik PAS yang mengaku sebagai parti politik Islam yang berjuang atas dasar Islam.

“Ia boleh ditafsirkan seolah-olah PAS melacurkan Timbalan Ketua Pemudanya kepada Bersatu untuk memuaskan hawa nafsu Bersatu,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu melalui calonnya, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah.

Susulan itu ada gesaan supaya PAS bertanding semula di kerusi yang diperuntukan kepada Bersatu itu.

Dua hari sebelum pengumuman calon dibuat, Rizwadi bertindak menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili PN.

Rizwadi bakal dicabar Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili BN.

“PAS benar-benar telah menghalalkan cara dan prinsip perjuangannya demi untuk mencapai matlamat politiknya.

“Manakala Bersatu pula merelakan apa saja keputusan yang dibuat oleh PAS demi kemenangan ‘calon jadiannya’ walaupun terpaksa menggadaikan maruah kerana hanya dengan cara itu sahaja Bersatu boleh menang,” katanya lagi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*