Polis menembak mati tiga penjenayah yang aktif dalam kegiatan curi kereta dan samun dalam kejadian berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, di Rawang tengah hari semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Shuhaily Zain berkata sepasukan polis yang menjalankan Op Lejang mengesan kenderaan dinaiki suspek kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan cuba menahan mereka.
Bagaimanapun, katanya, suspek enggan berhenti dan melepaskan tembakan ke arah polis dan terus melarikan diri.
“Polis mengejar suspek sehingga ke Persiaran Kota Emerald sebelum berjaya menembak mati mereka di dalam kereta,” katanya dalam sidang media lapor Sinar Harian.
Katanya, modus operandi suspek adalah menggunakan kereta sewa yang ditukar nombor pendaftaran kepada nombor palsu ketika melakukan kegiatan jenayah bagi mengelirukan pihak berkuasa.
Shuhaily berkata, dalam kejadian hari ini suspek menggunakan modus operandi sama dengan menyewa kereta dan menukar nombor pendaftaran.
“Tahun ini sahaja mereka melakukan sebanyak enam kes curi kereta. Dua suspek yang berusia 40 dan 43 tahun mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi sedang dikenal pasti,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply