
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, dipercayai memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kes Ismail Sabri Yaakob.
Video yang dimuat naik di TikTok itu turut mengaitkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dengan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri itu.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mewakili sebuah NGO di IPD Dang Wangi kira-kira 12.06 tengah hari semalam.
“Kita akan minta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti pemilik akaun terbabit.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu, tular video seorang bekas Ahli Parlimen membuat kenyataan disyaki memfitnah Anwar dan Saifuddin Nasution berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera.
Baca juga :
Leave a Reply