{VIDEO} Polis siasat lelaki cabul wanita di pasar raya Selayang

POLIS kini giat menjalan siasatan terhadap kes gangguan seksual ke atas seorang wanita ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di Selayang, Selangor pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mengesahkan bahawa menerima laporan berhubung kes cabul terhadap wanita yang berumur lingkungan 30-an.

“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya pada Sabtu.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak melakukan perbuatan kurang sopan terhadap mangsa yang pada ketika itu sedang memilih barang di satu ruangan dalam pasar raya berkenaan.

Turut baca :

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, lelaki terbabit dilihat menghampiri sebelum menyentuh punggung mangsa secara pantas dan berlalu pergi.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas menyedari tindakan lelaki berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*