Polis siasat akaun Tiktok palsu atas nama Raja Muda Selangor

Polis sedang mengesan individu yang mewujudkan akaun palsu TikTok dengan menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengesanan individu yang terlibat itu dibuat dengan kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Polis siasat akaun Tiktok palsu atas nama Raja Muda Selangor
Datuk Hussein Omar Khan

“Pada masa sama, kita telah meminta SKMM menurunkan dan menyekat antara lima atau enam pautan yang terlibat.

“Kita akan bekerjasama dengan SKMM untuk meneruskan siasatan dan akan memanggil mereka terlibat mengesan mereka dan ia akan mengambil masa yang lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Anak Syurga bersama Al- Kauthar Eduqids, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, polis telah menerima laporan berhubung akaun TikTok yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor.

Hussein memaklumkan, laporan itu dibuat Istana Selangor selepas mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan palsu.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*