Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Farah Kartini

Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, mengesahkan penemuan bahan bukti tersebut.

Ya. Beg wanita yang ditemui itu dipercayai kepunyaan mangsa, katanya ketika dihubungi media hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan usaha mencari baki bahan bukti dijalankan berdekatan Sungai Trolak, Perak.

Lokasi itu terletak kira-kira 20 minit dari ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.

Pencarian bahan bukti di sebuah parit di ladang kelapa sawit itu sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Mayat Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 6 petang pada Isnin, selepas bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) itu dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes terbabit bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Farah Kartini selamat dikebumikan petang tadi di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*