Polis buru lelaki tampar wanita di pintu masuk pusat beli belah. Polis mengesan seorang lelaki yang dirakam dalam satu video tular menampar muka isterinya di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan di Sepang.
Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video itu.
“Pengadu adalah adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun.
“Manakala, lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.
Norhizam berkata polis sedang merakam keterangan beberapa saksi kejadian itu dan pada masa yang sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Dalam video itu wanita berkenaan dilihat berjalan keluar dari pusat beli-belah terbabit sambil memegang plastik sebelum bertemu dengan suspek di hadapan pintu masuk.
Secara tiba-tiba, lelaki berkenaan menampar muka wanita itu sambil memarahi mangsa sebelum mereka keluar dari premis tersebut.
Baca juga :
Leave a Reply