Polis buka 6 kertas siasatan di 5 negeri atas kesalahan pasca PRU15

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Hazani Ghazali.

Polis buka 6 kertas siasatan di 5 negeri atas kesalahan pasca PRU15. Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka enam kertas siasatan di lima negeri atas pelbagai kesalahan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata dua kertas siasatan di Kelantan dan satu masing-masing di Perak, Melaka, Sabah dan Johor.

Siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Seksyen 4(A), 10(g) dan 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

“Antara siasatan kes itu ialah rakaman video lelaki yang tular di WhatsApp. Lelaki berkenaan menyatakan Masjid Tangkak, Johor kena roboh, orang Islam jadi kafir, biar habis orang Islam dan hidup DAP.

“Pengadu yang membuat laporan memaklumkan mengenali dan mahu bertemu lelaki terbabit, selain meminta mereka yang berada dalam kumpulan WhatsApp itu supaya tidak mengambil tindakan sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkata, secara keseluruhan sebanyak 3,483 laporan diterima dan 515 kertas siasatan dibuka sejak 4 November hingga semalam.

“Sebanyak 180 kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, tujuh diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), enam dituduh di mahkamah dan empat dijatuhkan hukuman,” katanya.

Turut baca :

Polis buka 6 kertas siasatan di 5 negeri atas kesalahan pasca PRU15

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*