Pokok getah tertua hampiri nilai RM1 juta – Kat mana ni?

Pokok getah tertua hampiri nilai RM1 juta – Kat mana ni?. Sebatang pokok getah di Seremban, Negeri Sembilan kini mempunyai nilai menghampiri RM1 juta.

Pokok getah yang berusia lebih 100 tahun itu dinilaikan pada kadar RM750,000 dianggap sebagai yang tertua di Malaysia mula ditanam pada 1877 di Taman Tasik Seremban, Seremban.

Ia mempunyai ketinggian 4.5 meter dan selebar 25 meter dan dibawa ke Malaya oleh Sir Henry Nicholas Ridley yang merupakan perintis industri getah di negara kita.

Benih pokok getah itu merupakan satu daripada 22 yang dibawa dari Taman Kew di England pada Jun 1877 dengan Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing menerima satu benih.

Manakala sembilan benih ditanam di Kuala Kangsar, Perak dan bakinya berada dekat Taman Botanik Singapura, Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pokok itu bukan saja menjadi mercu tanda bagi warga tempatan tetapi menyumbang kepada pelancongan negeri.

“Pokok getah yang berharga dan bersejarah ini adalah sebahagian daripada jejak warisan Seremban. Pelawat, terutamanya yang dari luar negeri perlu datang menyaksikan pokok getah pertama dan tertua di Negeri Sembilan.

“Kerana nilai sejarahnya, pokok ini tidak boleh diganti. Sebab itu kami mesti menjaga dan memuliharanya untuk generasi akan datang dan terus menghargai warisan penting ini,” ujar Nicole.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya menerusi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bertanggungjawab menjaga pokok tersebut.

Mereka memastikan keadaan sekeliling pokok itu terpelihara dan berada dalam keadaan baik. Selain itu, mereka mendapatkan bantuan pakar untuk memastikan pokok tersebut tidak berdepan risiko bahaya.

“Ia membantu kami untuk menentukan status pokok, menyediakan bahan diperlukan dan meraih khidmat nasihat tentang pengurusan risiko.

“Pakar mencadangkan rawatan termasuklah pemangkasan dan kawalan racun perosak, untuk mengekalkan daya hidup pokok dan jangka hayatnya,” ujar Masri.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*