Pok Ya ‘Cong Codei’ gambarkan kesesakan jalan di Kelantan

Pengarah dan pelakon popular berasal dari negeri Kelantan, Sabri Yunus menulis beberapa rangkap pantun bagi menggambarkan situasi kesesakan jalan raya di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Sabri ataupun lebih dikenali dengan jolokan “Pok Ya” berkata kesesakan yang berlaku bukan disebabkan kepulangan perantau ke negeri itu sempena musim perayaan.

Sebaliknya, katanya, ia disebabkan beberapa program besar yang berlangsung di Kota Bharu menyebabkan jalan di sekitar bandar itu mengalami kesesakan.

“Menyeluruh jem di Kelantan,
Dalam bandar dan pekan-pekan,
Penuh sesak serbanika kenderaan,
Tak tahu mana hala tujuan.

“Kereta lebih banyak terhenti dari berjalan,
Kalau pun bergerak sangatlah perlahan,
Ini bukanlah musim musim perayaan,
Bukanlah kereta motor anak perantauan.

“Dua tiga hari ini besar program diadakan,
Di sekitar Stadium menjadi tumpuan,
Pelbagai aturcara telah dijayakan,
Ada informasi juga hiburan,” tulis Sabri di Facebooknya.

Untuk rekod antara beberapa program besar yang berlangsung di Kelantan antaranya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung semalam dirasmikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan berakhir hari ini.

Terdahulu Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata kedudukan Kelantan di tempat kelima dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 membuktikan rakyat di negeri itu senang dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Menurutnya, markah MHI yang diperolehi Kelantan jauh meninggalkan kedudukan negeri lebih maju seperti Selangor.

“Kita (Kelantan) termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang walaupun adalah masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia.

“Kita dapat skor 7.0, beza sedikit dengan Terengganu 7.2 (di kedudukan keempat), berbanding dengan Selangor 5.0, (Kelantan) jauh berbeza,” kata Mohd Amar.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*