PN #TakBEST, kami lebih selesa dengan BN, kata Boon Som

PN #TakBEST, kami lebih selesa dengan BN, kata Boon Som.

Kecenderungan pembangkang memainkan sentimen perkauman dan agama mencetuskan kebimbangan ke atas komuniti Siam di Kedah.

Senario itu sedikit sebanyak menyebabkan mereka lebih memilih untuk menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN), yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, pendirian tersebut disepakati komuniti Siam tempatan, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.

Menurut beliau, populasi pengundi Pedu yang turut meliputi 14 peratus komuniti Siam adalah antara fakfor mengapa BN kekal menjadi pilihan.

“Struktur pentadbiran BN yang berorientasikan kesederhanaan dan menekankan elemen keharmonian dalam segala dasar digerakkan, amat bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat Siam di sini.

“Majoriti pengundi Siam masih susah menerima parti yang ekstrem dalam perihal agama, justeru pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju PAS bukan pilihan mereka,” katanya.

Boon Som berkata, kerajaan Kedah mutakhir ini melaksanakan pentadbiran berciri ekstrem dan ia satu perkembangan yang membimbangkan komuniti Siam.

“Dasar ekstrem ini menyebabkan masyarakat Siam agak risau masa depan mereka.

“Pedu mempunyai kira kira 14 peratus komuniti Siam dan undi Siam merupakan kunci utama bagi BN mengekalkan kerusi tersebut,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kekalahan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas sebenarnya banyak melibatkan saluran di Kuala Nerang.

“Di Pedu, 80 peratus masyarakat Siam memberi sokongan kepada Mahdzir. Sekarang, kerajaan perpaduan menamakan calon Siam kacukan Cina, Bau Wong di Sidam.

“Ia diyakini berupaya meningkatkan sokongan Siam kepada Kerajaan Perpaduan. Jadi tidak ada masalah kepad orang Siam untuk memberi sokongan penuh,” katanya.

Mahdzir sebelum ini dipetik sebagai berkata, beliau optimis Kerajaan Perpaduan mampu memberi tentangan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah, berdasarkan situasi semasa yang semakin positif.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu, ribut taufan dibawa PN ke negeri berkenaan semakin reda dan kian berlalu.

Menurut beliau, perubahan bermakna diyakini bakal melatari Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

“Gelombang yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, PAS cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan.

“Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih PAS di tengah jalan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*