PM ‘dedah’ ada juga MP kerajaan disiasat kes rasuah

PM ‘dedah’ ada juga MP kerajaan disiasat kes rasuah. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat juga anggota parlimen daripada pihak kerajaan yang disiasat berkaitan dakwaan rasuah.

Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar mendedahkan terdapat siasatan melibatkan kedua-dua belah pihak–kerajaan dan pembangkang.

“Saya tak tahu khusus. Tetapi yang saya tahu ada siasatan, ada melibatkan pembangkang dan blok kerajaan. Saya tak tahu jawatannya.

“Saya hanya tanya kepada pihak penguatkuasaan. Memang ada siasatan.

“Kemudian sama ada pendakwaan dibuat atau tidak terserah kepada badan penguatkuasaan iaitu Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sesi soal jawab perdana menteri hari ini.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yussof (Perikatan Nasional-Rantau Panjang) yang mahu tahu sama ada terdapat siasatan rasuah terhadap blok kerajaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*