Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara di India petang semalam.
Hasina meninggalkan negaranya berikutan bantahan besar-besaran menentang kerajaannya, menurut media India.
Hasina berlepas dengan pesawat Tentera Udara Bangladesh sebelum mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran New Delhi, lapor saluran berita India Today.
Terdahulu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.
Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo.
Turut baca :
Leave a Reply